Abdul wahid omar biography of williams
Cover Story: The shortlist - The Edge Malaysia...
Abdul wahid omar biography of williams
Abdul Wahid Omar
Jangan dikelirukan dengan Wahid Omar.
Abdul Wahid bin Omar (lahir 19 Januari 1964) ialah Pengerusi Bukan Eksekutif Bursa Malaysia sejak 1 Mei 2020.[1] Beliau juga merupakan bekas menteri yang bertanggungjawab bagi Unit Perancang Ekonomi di Jabatan Perdana Menteri Malaysia mulai Mei 2013 - 4 Jun 2016.[2]
Beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Telekom Malaysia Berhad pada 1 Julai 2004.
Sebelum itu, beliau merupakan Pengarah Urusan/CEO kepada United Engineers (Malaysia) Berhad dan UEM World Berhad. Beliau sejak Julai 2008 merupakan CEO dan presiden kepada sebuah institusi perbankan di Malaysia iaitu Maybank.[3]
Pada 1 Ogos 2016, beliau dilantik sebagai pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB) bagi menggantikan Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid yang telah tamat tempoh perkhidmatannya pada 31 Julai 2016.